KEPENTINGAN APLIKASI PEMBAYARAN BIL UTILITI MENERUSI LAMAN SESAWANG
sekarang anda telah mencipta akaun TNB, bahagian ini menyenaraikan pelbagaimaklumat berkaitan dengan rang undang-undang anda. Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.
- Memahami rang undang-undang anda. Dapatkan maklumat lanjut mengenai tema dan label ditulis pada bil anda dan apa yang mereka maksudkan.
- Rang Undang-undang Kalkulator. Gunakan alat ini untuk mengira anggaran penggunaan elektrik anda dalam tempoh 30 hari. Sila ambil perhatian kalkulator rang undang-undang ini adalah untuk tujuan garis panduan sahaja dan jumlah bil sebenar anda mungkin berbeza daripada yang dinyatakan oleh kalkulator ini.
- Penalti dan Caj - Tinggal maklumat mengenai denda dan yuran yang boleh dikenakan ke atas anda mengapa ia dikenakan dan bagaimana untuk mengelakkan mereka.
- Sambungan / Pemotongan Bekalan - dapatkan maklumat lanjut mengenai peristiwa yang membawa kepada sambungan / pemotongan bekalan elektrik anda.
- E-perkhidmatan - menggunakan sistem e-perkhidmatan talian kami untuk mengesan penggunaan elektrik bulanan anda, melihat ejarah pembayaran anda dan banyak ciri-ciri lain.
- Meter Reading sendiri (GMM) - mengambil bacaa meter anda sendiri? mengetahui bagaimana-untuk di sini.
Sekaran kalau boleh semua benda nak buat online. contohnya shopping, beli tiket bas atau kapal terbang,bayar bil api, nil air, bil astro dan macam-macam lagi.
Antara kepentingan aplikasi pembayaran bil utiliti melalui laman sesawang ialah tidak perlu membayar bil api air sambil sambil beratur panjang-panjang di pejabat pos, seterusnya boleh menjimatkan masa jika membuat pembayaran melalui laman sesawang, jika kita membuat pembayaran melalui pejabat pos, kita akan beratur dan menunggu nombor dipanggil. Apatah lagi kalau kita mendapat nombor giliran yang beratus-ratus. Oleh itu, kita perlu membayar bil utiliti kita melalui laman sesawang agar dapat menjimatkan masa. Oleh kerana zaman sudah moden, pilihan yang paling bagus untuk zaman ini ialah bayae secara online iainya lebih cepat, jimat, mudah dan selamat. Biasanya orang bayar bil TNB online guna internet banking. Contohnya, Maybank2u atau CIMB Clicks yang paling popular dan memang mudah tapi tidak seronok sangat sebab kita cuma perlu bayar dan tidak dapat melihat bil elektrik secara terperinci, jika anda bayar menggunakan laman web TNB memang ada banyak kelebihan. Selepas itu, jika kita membuat pembayaran melalui laman sesawang, kita boleh melihat maklumat yang lama atau bil elektrik atau bil utiliti yng lain.
CARA-CARA PEMBAYARAN BIL UTILITI MENERUSI LAMAN SESAWANG :
CARA-CARA PEMBAYARAN BIL UTILITI MENERUSI LAMAN SESAWANG :
- KAEDAH PEMBAYARAN BIL UTILITI MENERUSI LAMAN SESAWANG BANK
Bagaimana caranya nak bayar bil menerusi laman sesawang ? itulah soalan kerap ditanya oleh pengguna dan ramai yang ingin mengetahuinya. Sekarang ramai yang nak tahukan? Saya akan kongsikan bagaimana nak setup favorite bil dan bayar bil hanya dengan beberapa klik sahaja tanpa perlu bersesak nak bayar bil utiliti anda.
Bil utiliti yang saya maksudkan ialah segala jenis bil yang menerima bayaran online termasuklah bil telefon (TM, celcom, maxis, digi dll), bil astro, bil PTPTN (kalau ada yang nak bayar elak kena denda), bil air, bil TNB dan sebagainya. Ada beberapa langkah yang perlu anda ikut iaitu:
1. Pastikan penerima bayaran anda termasuk dalam sistem bank anda.
2. Kenalpasti nombor akaun bil anda.
3. Jadikan bil anda “favorite bil” supaya mudah nak bayar.
4. Pastikan maklumat lengkap id anda.
5. Semak dahulu.
6. Buat bayaran.
Contoh nombor akaun beberapa bil utiliti yang biasa. Nombor akaun tu yang saya underline tu.


Ini contoh buat favourite bil guna cimbclicks.com.my aje ye.Maybank2u lebih kurang jugak stepnya (klik pada gambar untuk besarkan gambar) :
1. Mula-mula anda perlu login ke cimbclicks.com.my dengan username dan password yang telah anda daftarkan. Paparan seperti di bawah akan muncul. Klik pada link “Favourite Bills” di bawah Pay Bills.

2. Paparan di bawah akan muncul. Di sini akan ditunjuk senarai bil yang telah anda set sebagai favourite. Kalau baru nak mula, jadi ruangan ni akan kosonglah. Ok, untuk seterusnya, Klik pada butang “Add New Bills”.

3. Di sini, and aperlu masukkan maklumat bil dan penerima bayaran tu. Contoh seperti di bawah ialah saya masukkan bil astro saya. Pastikan “Payee Name” tu betul . Bill nickname tu anda boleh letak apa-apa. Ini hanya untuk memudahkan anda kenalpasti bil tu nanti. Ini penting jika sesiapa bayar bil untuk 2-3 buah rumah. Nombor akaun tu boleh semak seperti yang terangkan dekat atas tadi. Kemudian klik “NEXT”.
4. Paparan di bawah akan keluar untuk pengesahan. Pastikan nombor akaun bil anda tu betul.Kemudian masukkan TAC, pastu klik “SUBMIT”.

5. Pastikan proses di atas tadi successful . Kemudian kita pergi ke cara nak buat bayaran pula . Anda boleh klik mana-mana link yang ditunjukkan anak panah hijau tu untuk Pay Bills. Jika nak semak balik bil yang anda telah set tadi, boleh semak dengan tekan Active Bills di bawah My Bills seperti ditunjukkan anak panah kuning tu.

6. Jika anda klik link Pay Bills tadi, paparan di bawah akan keluar. Ok untuk payment from, ianya anda perlu pilih nak bayar guna akan mana satu. Ni jika anda ada 2-3 akaun atas satu nama. Kalau ada saving account je, so pilih saving account lah. Payment to tu anda pilih bil mana satu yang anda nak bayar. Jika nak pilih yang telah di set tadi, klik pada My List. Tapi jika nak buat bayaran yang belum di set, klik pada Payee List dan pilih kepada siapa anda nak buat bayaran. Pastikan nombor akaun bil anda yang keluar tu betul. Kemudian masukkan nilai bayaran yang ingin dibuat. Untuk bayaran ni, lebih pun takpe sebab nanti akan dipotong dari bil akan datang. Klik “SUBMIT” jika dah berpuas hati.

7. Sekali lagi paparan peringatan keluar. Anda diminta semak dan pastikan semua maklumat adalah betul. Jika tidak betul, klik “Back” untuk perbaiki apa yang silap. Jika semua sudah betul, klik “Confirm”.

8. Paparan last sekali ialah bukti pembayaran telah selesai. Pastikan transaction status tu adalah "succesful" barulah dikira sebagai bil telah dibayar.

Kaedah pembayaran bil utility menerusi laman sesawang pay-pal
- Pastikan anda ada debit kad Maybank yang sah (kad ATM yang ada gambar cherry) dan boleh check secara online. Untuk debit kad bank yang lain, anda perlu pastikan cara setting dengan bank masing-masing. Sebab lain bank, lain cara settingnya.
1. Buka link http://www.paypal.com dan klik sign up.
2. Bila sudah klik sign up, akan keluar gambar seperti dibawah. Jangan lupa pilih negara dan klik ‘get started’ kat bahagian ‘premier’.
3. Selepas itu, isi form yang keluar dengan maklumat yang betul. Untuk bahagian nama, Jika nama anda ada 3 suku kata, contoh : Ahmad bin Abu, isi macam biasa. Tapi jika nama anda cuma 2 suku kata, contoh: Ahmad, isikan ‘first name’ dengan Ahmad dan ‘last name’ dengan Abu. Biarkan middle name kosong.

4. Bila sudah isi form, klik ‘agreed and get started’. Bila sampai tahap ini, akan keluar gambar seperti di bawah. Step in, i anda isi saja no.kad, lepas itu tunggu email untuk step seterusnya.
5. Lupa pulak nak bagitahu, pada tahap ini PayPal akan potong RM10 dari akaun Maybank untuk pastikan no kad yang dimasukkan tadi adalah milik sendiri dan bukan orang lain. Tapi jangan risau, selepas debit kad confirm, PayPal akan kembalikan RM10 tersebut ke dalam akaun PayPal.
6. Biasanya, untuk confirmkan debit kad tersebut akan mengambil masa 2 ke 30 hari. Ikut statement bank. Kalau maybank 2 hari saja dan boleh check terus secara online tanpa perlu tunggu statement sampai rumah.
7. Cara nak confirmkan debit kad, log in akaun PayPal kemudian klik ‘confirm debit card’ dan masukkan 4 angka rahsia. Dari mana nak dapatkan 4 angka rahsia. Ok, 4 angka itu boleh dapatkan di statement maybank.
8. Terlebih dahulu, buat log in dulu maybank2u. Lepas itu, klik ‘accounts and banking’ di tab menu. Dan seterusnya klik ‘wadiah saving account’. Kemudian akan keluar gambar sebagaimana gambar bawah ini.
9. Sila klik ‘debit card history’, Akhir sekali akan keluar statement. So, Dari mana hendak ambil 4 angka, ambil selepas perkataan ‘SALE PP XXXX‘. Kemudian masukkan angka tersebut dekat bahagian kotak untuk confirm debit kad di akaun paypal yang kita buka tadi, terus save dan boleh shopping guna akaun paypal.
Kebaikan Pembayaran Bil Utiliti Menerusi Laman Sesawang
- Pembayaran yang dibuat cepat dengan serta merta.
- Mudah untuk menghantar wang atau membuat bayaran dengan hanya beberapa klik sahaja.
- Dapat membasmi penipuan kad kredit dalam menjaga keselamatn data pelanggan.
- Penghantaran wang adalah percuma.
- Dapat dilakukan dalam masa 24 jam.
- Tidak memerlukan kos yang tinggi.
- Tidak memerlukan prosedur yang rumit.
- Dilakukan di mana-mana-sahaja.
- Lebih mudah dan cepat.
Hyperlink Laman Sesawang Bank-bank di Malaysia Dan Pay-pal
Laman sesawang ialah dokumen yang berisi maklumat yang boleh dilawat di Jaringan umun menggunakan pelayar web. Dokumen ini biasanya dihasilkan dalam bentuk HTML atau XHTML, dan biasanya mempunyai pautan-pautan ke laman-laman lain.
Berikut adalah Hyperlink Laman Sesawang Bank-bank di Malaysia serta Pay-pal :
Laman sesawang Pay-Pal
Alliance Bank Berhad
Maybank2u Malaysia
OCBC (Malaysia) Bank Berhad
http://www.ocbc.com.my/group/group-home.html
Bank persatuan Malaysia Berhad.
http://bankpstn.com.my/cms/sub.do?a=2&b=147
Bank Islam Malaysia Berhad.
HSBC Bank Malaysia.
Bank Muamalat Malaysia.
Alliance Bank Malaysia Berhad
Bank Pertanian Malaysia Berhad / Agro Bank Malaysia.
Bank Rakyat.
Ambank Group.
Hong Leong Bank Berhad
Al Rajhi Bank (Malaysia)
Public Bank Berhad
o Bank Kerjasama (M) Berhad